Pusat Rawatan Al-Qayyum Jadi Sumber Ilmu Siswa-Siswi IPT

Syukur alhamdulillah. Pusat Rawatan Al-Qayyum sememangnya kerap dikunjungi oleh para Siswa-Siswi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, yang berminat di dalam mendapatkan maklumat dan pandangan berkaitan Perubatan Islam yang berlandaskan Syariat dan Hukum Syarak. Taklimat, penerangan dan perkongsian ilmu telah disampaikan dengan sebaiknya oleh Cikgu Indera Saifullah yang turut dibantu oleh Mu'alij Haji Zain Misbah. 

Di antara Siswa-Siswi yang telah sudi berkunjung ke Pusat Rawatan Al-Qayyum dalam masa beberapa bulan ini datangnya dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) dan Kolej Universiti Islam Malaysia Selangor (KUIS).

Berikut adalah antara detik-detik yang sempat dirakam ketika kunjungan para Siswa-Siswi berkenaan

Jumaat, 3 Januari 2020. Kumpulan Siswi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Kolej Universiti Islam Malaysia Selangor (KUIS) bersama Cikgu Indera Saifullah dan Mu'alij Haji Zain Misbah. 

Terima kasih kepada kumpulan Siswi KUIS yang telah bersusah-payah menghadiahkan Cenderahati kepada pihak Pusat Rawatan Al-Qayyum.

 Sedikit jamuan ringan untuk kumpulan Siswi KUIS.

Selasa, 12 November 2019. Mu'alij Haji Zain menyampaikan penerangan kepada kumpulan Siswa-Siswi Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) berkaitan kaedah Perubatan Islam yang dijalankan di Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Walaupun Siswa-Siswi TARC ini bukan beragama Islam namun mereka telah memberikan tumpuan yang terbaik di sepanjang perkongsian ilmu.

Jumaat, 8 November 2019. Cikgu Indera Saifullah memberikan pencerahan berkaitan Penyembuhan Holistik Islamiah kepada kumpulan Siswa Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terima kasih tak terhingga kepada kumpulan Siswa USIM di atas pemberian Cenderahati kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Tekun berkongsi ilmu pengetahuan sambil menjamu selera di petang Jumaat yang indah.

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan