Cas Negatif dan Manusia

Cas negatif ini ada sifat-sifat yang berbeza dan tersendiri. Cas negatif ini tidak boleh terus dianggap sebagai sesuatu keburukan kepada manusia.

Secara umumnya, SETIAP ATOM yang terbentuk adalah berdasarkan gabungan cas negatif (-), cas positif (+) dan neutron.

Ada cas negatif yang JAHAT dan ada cas negatif yang BAIK bagi manusia.

Cas negatif (elektron) yang baik adalah seperti tenaga elektrik yang digunakan di dalam lampu dan segala peralatan elektrik. Walau bagaimanapun ianya mampu membunuh sekiranya disentuh oleh manusia. Bateri juga mengeluarkan cas negatif yang digunakan sebagai sumber tenaga. Contoh lain pengeluar cas negatif yang baik adalah Garam Bukit dan Garam Laut.

Ada banyak lagi penjana cas negatif baik seperti air, cahaya matahari, udara yang bersih, tumbuhan, batu-batan, kayu-kayan, mineral, manusia yang beriman dan beramal soleh dan sebagainya lagi.

Cas negatif baik (tenaga baik) sangat penting bagi menolak cas negatif yang jahat, sebagaimana fitrah hukum ciptaan Allah SWT.

Cas negatif jahat (tenaga jahat) pula adalah dari sumber seperti syaiton, jin kafir dan iblis. Juga dari segala kekotoran dan najis serta dari sifat-sifat buruk manusia. Punca-punca cas negatif jahat telah pun dihuraikan di dalam artikel yang lain yang bertajuk: 20 PUNCA-PUNCA UTAMA CAS NEGATIF (TENAGA) JAHAT BERDASARKAN METAFIZIK ISLAMIAH.

Perlu diingatkan bahawa TENAGA itu adalah merujuk kepada ELEKTRON, yakni CAS NEGATIF. Hanya cas negatif sahaja yang boleh BERGERAK dan MENGALIR. Cas positif hanya bergetar di kedudukannya sahaja. Saiz cas negatif bagi setiap atom adalah berbeza-beza. Cas negatif yang terhalus datangnya dari aura (cahaya) manusia.

Samada cas negatif itu baik atau jahat, adalah bergantung sepenuhnya kepada manusia itu samada dia seorang yang beriman atau seorang yang penuh dengan kejahatan syaiton.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan