Bagaimana Seorang Perawat Mampu Mengalirkan Tenaga?

Terdapat 2 jenis tenaga iaitu:
1) Aliran Tenaga Aura Cahaya (ATAC)
2) Aliran Tenaga Dalaman (ATD)

Aliran Tenaga Aura Cahaya adalah tenaga semulajadi yang sentiasa berada di sekeliling kita. Dalam hukum tenaga, tenaga tidak akan pernah habis. Ianya hanya bertukar dari satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain.

Terdapat sejumlah tenaga di sekeliling kita, iaitu elektron bebas yang sentiasa aktif. Elektron ini datangnya dari atom-atom berbagai gelombang cahaya, gelombang bunyi, gas, cecair, pepejal, habuk; juga termasuk manusia, jin, syaiton, haiwan, tumbuhan, batu, kayu dan sebagainya lagi di sekeliling kita.

Dalam praktis Penyembuhan Tenaga, yang digunakan ialah jenis tenaga (elektron) yang datangnya dari gelombang cahaya di sekeliling kita. Ada cahaya yang dapat dilihat oleh mata kasar dan ada cahaya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Aliran Tenaga Dalaman (ATD) digunakan bagi mempengaruhi Aliran Tenaga Aura Cahaya (ATAC) ini. Aliran Tenaga Dalaman adalah sejenis tenaga yang dibentuk di dalam diri seseorang manusia (Perawat) itu.

ATD adalah jenis tenaga yang paling halus, lebih halus dari jenis tenaga yang lain. ATD yang terbaik datangnya dari amal ibadat yang ikhlas dan pembersihan hati melalui Zikirullah yang berterusan. Penyatuan AKAL dan HATI perlu berlaku bagi membentuk Pusat Tenaga (Nukleus), yang mesti ada; untuk menghasilkan ATD.

ATD hanya boleh dikawal melalui konsentrasi dan fokus minda yang sangat tinggi. ATD digunakan untuk mengawal ATAC yang kemudiannya dialirkan ke ATAS dan MELALUI tubuh badan seseorang Pesakit itu.

Untuk menambah kekuatan aliran tenaga di samping ATAC, seseorang Perawat itu juga boleh mengalirkan ATD ke dalam tubuh badan Pesakit. Namun ini akan menyebabkan keletihan kepada Perawat sekiranya Perawat tidak mempunyai stamina dan kekuatan fizikal yang mencukupi.

Seiring dengan ajaran Islam, kekuatan ATD ini perlu lahir dari keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dari amal ibadat, bacaan ayat-ayat Al-Quran dan zikirullah yang berterusan.

Ianya boleh menjadi haram jika bersumberkan dari segala mentera, tangkal, azimat, batu cincin, kayu, buluh, besi, keris, gelang, haiwan, khadam, roh, ajaran sesat, jin, khadam, pendamping dan sebagainya lagi yang bercanggah dengan syariat Islam.

Perlu diingatkan bahawa ATD boleh membawa kepada keruntuhan aqidah dan kesyirikan jika tidak dipelajari dengan berlandaskan syariat Islam. Maka perihal ATD ini perlulah dipelajari dari seorang Guru yang berijazah dengan amalan ilmu yang sebenar dan berpengalaman melebihi 20 tahun ke atas sahaja. Wallahua'lam.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan