Awas. Berhati-hatilah Dengan Penyamar Yang Mengaku Sebagai Perawat Islam

Hari ini kami dikejutkan dengan sebuah laman web yang kononnya adalah sebuah "Pusat Rawatan Islam". Apa yang mendukacitakan ialah 90% teks di laman web ini telah menggunakan teks dari laman web Pusat Rawatan Al-Qayyum. Apa yang jelas, "Pusat Rawatan Islam" ini cuba untuk MENIPU MASYARAKAT dengan mendakwa kononnya mempunyai ilmu dan pengalaman luas merawat pesakit; sama seperti Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Apa yang ditakuti, "Pusat Rawatan Islam" ini adalah dijalankan oleh pihak yang tidak berpengetahuan secukupnya tentang Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah, namun telah MENIPU orang ramai dengan ayat-ayat yang disalin bulat-bulat ke dalam laman web mereka. Risikonya adalah ke atas Pesakit, yang boleh membawa kepada kemudaratan, kesakitan lebih teruk serta keruntuhan aqidah. Allahuakbar..

Berhati-hatilah dengan individu dan golongan MUNAFIK lagi KUFUR sebegini yang mahu MENGHANCURKAN dan MEROSAKKAN nama baik PERUBATAN ISLAM, yang sejak dahulu lagi memang sering menjadi MANGSA kepada golongan BOMOH, DUKUN, PAWANG dan TUKANG SIHIR yang durjana lagi menyesatkan umat Islam.

Kepada para Pesakit di luar sana, berhati-hatilah di dalam mencari Perawat Islam yang sebenar dan sepenuhnya patuh Syariah. Terdapat ramai PENYAMAR dan PENIPU yang ingin mengambil kesempatan di atas penyakit dan masalah yang anda alami, yang sanggup BERDUSTA dan BERPURA-PURA demi wang ringgit, nafsu dan menghancurkan aqidah orang Islam.

Na'uzubillahi min zalik. Astaghfirullahal'azim.. Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim, lindungi dan selamatkanlah para Pesakit kami dan umat Islam dari para Perawat Munafik lagi Kufur yang bersekongkol dengan jin, syaiton dan iblis ini. Kami mohon pertolonganMu ya Allah. Tunjukkanlah kekuasaanMu dan binasakanlah dengan izinMu segera golongan Penyamar dan Penipu ini. Tidak ada daya upaya selain dari Mu ya Allah. Aamiin ya robbal 'alamiin.

Artikel tulisan: 
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Borang Online > Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.