13 Sebab Penyakit Gangguan Jin Tidak Sembuh (II)

8. TIADA IBADAH

    Rumah Pesakit tidak dihidupkan dengan aktiviti ibadah seperti Solat dan membaca Al-Quran setiap hari; siang dan malam.

    9. SUASANA RUMAH

      Suasana di dalam dan/atau di luar rumah Pesakit yang sentiasa kosong, suram, kotor, berhabuk, usang, busuk, lembab, tiada pengaliran udara dan sebagainya yang menggalakkan percambahan Tenaga Negatif (unsur Jin dan Syaiton).

      10. IKTIQAD, NIAT DAN PERBUATAN

        Iktiqad, Niat dan Perbuatan Pesakit dan/atau Perawat; secara disedari atau tidak disedari;  bertentangan dengan Syariat Islam.

        11. SAKA

        Gangguan jin yang berpunca dari salasilah keturunan (saka); yakni disebabkan oleh perbuatan jahat, amalan ilmu, perjanjian atau perbuatan sihir; ke atas atau oleh ibubapa, datuk nenek moyang Pesakit atau keturunan sejak beratus atau beribu tahun yang lampau.

        12. ORANG-ORANG SERUMAH

        Pesakit sering dilawati oleh atau tinggal serumah dengan orang-orang yang didampingi jin (samada disedari atau tidak).

        13. SERING PERGI KE TEMPAT DIDIAMI JIN

          Pesakit sering pergi ke tempat-tempat yang didiami oleh jin seperti kawasan hutan, air terjun, kedai makan yang menggunakan pelaris jin (tangkal, azimat, ilmu sesat dan sebagainya), tempat-tempat kotor, pasar dan sebagainya lagi.

          Dan banyak lagi faktor-faktor lain yang berkaitan dengan iman, ilmu, amal, akhlak dan  aqidah Pesakit, ahli keluarga Pesakit, orang yang merawat/mengubat Pesakit dan orang-orang yang berada di sekeliling Pesakit; yang mendorong jin untuk terus menganggu Pesakit. Wallahua’lam.

          Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "PELIHARALAH PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH, pasti kamu selalu berasakan kebersamaan Allah denganmu. INGATLAH ALLAH KETIKA ENGKAU SENANG, PASTI ALLAH MENGINGAT ENGKAU KETIKA ENGKAU DALAM KESUSAHAN." (HR Al-Tirmizi)

           

          Artikel tulisan: 
          Indera Saifullah Tahir

          PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

          Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

          Nama .
          .
          Pendapat / Cadangan .

          Sila klik "Borang Online > Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.